Seorang maut, dua cedera ditembak askar di Thailand

Iklan
Insiden tembakan di sebuah kemudahan tentera di Bangkok pada Rabu. - Foto AFP
BANGKOK - Seorang lelaki menembak mati seorang individu dan mencederakan dua yang lain dalam kejadian di sebuah kemudahan tentera di Bangkok pada Rabu, kata polis Thailand kepada AFP.

Timbalan jurucakap polis negara, Kissana Phathanacharoen berkata, seorang suspek telah ditahan selepas kejadian itu, namun motifnya pembunuhan tersebut masih tidak jelas.

Insiden itu berlaku di Jabatan Perintah Latihan Tentera Darat yang merupakan sebahagian daripada kompleks besar bangunan tentera di utara ibu negara.

Media tempatan melaporkan bahawa suspek itu adalah seorang askar.

Pada tahun 2020, seorang askar menembak mati 29 orang dalam kejadian amuk selama 17 jam dan ramai orang cedera sebelum dia ditembak mati oleh komando dalam insiden yang mengejutkan di Thailand.

Ia dipercayai berlaku disebabkan pertikaian hutang antara lelaki bersenjata itu, Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma dengan seorang pegawai kanannya.

Tentera mempunyai pengaruh yang kuat dalam banyak aspek kehidupan di Thailand daripada politik kepada bidang perniagaan di negara itu. - Agensi