ATM tambah pos kawalan di sempadan Sabah, Sarawak

Iklan
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang bercakap kepada media dalam sesi wawancara khas sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-89 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah bilangan pos kawalan keselamatan di sempadan Sabah dan Sarawak susulan Indonesia akan menjadikan Kalimantan sebagai ibu kota baharu negara itu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, terdapat keperluan untuk angkatan itu menambah pusat kawalan dan bilangan rejimen di situ berikutan pemindahan ibu kota negara berkenaan yang dijangka pada awal 2024.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kepada pemberita dalam wawancara khas sempena sambutan Hari ATM ke-89 pada 16 September ini di Wisma Perwira ATM di sini.

Affendi berkata, pertambahan penduduk berkemungkinan mewujudkan peningkatan kes jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan.

Iklan

Beliau berkata, ATM akan bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhubung pengawalan sempadan dan penambahan bilangan pos kawalan keselamatan di sempadan dibuat secara selari dengan pihak TNI.

"Apabila ATM membina satu pos kawalan di kawasan Malaysia, TNI turut membina satu di kawasan mereka. Insya-Allah, ia akan ditambah lagi pada masa akan datang secara signifikan," katanya.

Iklan

Affendi berkata, penugasan pengawasan juga akan dimantapkan menerusi kaedah manual iaitu penggunaan tenaga manusia dan kaedah bersistem yang melibatkan penggunaan sensor atau praktis konvensional semasa iaitu penggunaan dron dan pusat kawalan yang boleh memantau dari jarak jauh. - Bernama