Suami isteri diikat, tiga penjenayah larikan barang kemas

Iklan
Sebuah rumah semi D dua tingkat di Presint 11, Putrajaya dipecah masuk penjenayah dan melarikan barang kemas serta wang tunai, awal pagi Rabu.

PUTRAJAYA - Polis giat memburu tiga lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat kes pecah rumah dan samun bersenjata yang mengakibatkan kerugian RM41,000 di sebuah rumah di Presint 11, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu disedari isteri mangsa setelah lampu bilik tidur dinyalakan penjenayah terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berdasarkan loghat pertuturan mereka ketika itu.

"Suspek kemudian menyelongkar bilik tidur sebelum melarikan dua gelang tangan, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher, 20 utas jam tangan, wang tunai anggaran RM2,000 dengan keseluruhan kerugian yang dialami RM41,000," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, mangsa lelaki adalah penjawat awam yang tinggal bersama isteri dan tiga orang anak.

"Rumah mangsa adalah kuarters kerajaan jenis semi D dua tingkat. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk dari pintu sliding berikutan pemeriksaan yang mendapati pintu itu dalam keadaan terbuka.

Iklan

"Usaha mengesan tiga suspek terbabit masih dijalankan termasuk melaksanakan Op Tutup. Pasukan forensik polis dan unit anjing pengesan (K9) juga dihantar ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.