Video pesta arak di Pulau Perhentian rakaman lama: JHEAT

Iklan
Tangkap layar video yang dimuat naik di Facebook pada malam Selasa sebelum dipadam pagi Rabu.

KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesahkan video memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari di Pulau Perhentian yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Selasa adalah video lama yang ditularkan kembali.

Pesuruhjayanya, M Rozi Bidin berkata, hasil siasatan juga mendapati tiada berlaku sebarang aktiviti tidak bermoral di pulau berkenaan malah semakan semula pada Rabu mendapati video berkenaan telah dipadam.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengarahkan pegawai Penguat kuasa Syariah Besut membuat semakan hasil siasatan mendapati video yang ditularkan itu adalah video lama.

"Kalau diikutkan, pada 10 September itu tiada sebarang aktiviti yang berlaku di pulau berkenaan malah difahamkan pada keesokkan harinya, pelancong tidak ramai berada di Pulau Perhentian memandangkan malam itu ada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya.

Iklan
M Rozi


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tunggakan elaun imam, bilal masjid dan mukim Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, katanya, JHEAT akan membuat laporan polis berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa aktiviti itu berlaku pada 10 September lalu.

Iklan

"Ia sebagai pengajaran kepada mana-mana individu supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak betul dan boleh mencemarkan imej kerajaan negeri,” ujarnya.

Malam Selasa lalu, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik video memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku pada 10 September lalu di sebuah lokasi di Pulau Perhentian.