Pendapatan 100 keluarga meningkat

Iklan
Peserta Program Sentuhan Harapan - Planting Tomorrow bersama Lita (tengah) selepas menerima sijil masing masing.

KUALA NERUS - Pendapatan isi rumah 100 keluarga di negeri ini berjaya ditingkatkan menerusi penyertaan mereka dalam Program Sentuhan Harapan - Planting Tomorrow anjuran Yayasan Petronas.

Enam bulan lalu, peserta terbabit telah diberikan pendedahan dalam siri latihan berterusan merangkumi aspek kemahiran pengurusan kewangan, pemasaran produk, imej dan penampilan diri.

Iklan
Iklan

Di samping itu, setiap peserta program keusahawanan itu juga menerima bantuan makanan asas bulanan bernilai RM80 sebulan selama setahun melalui sistem pembayaran tanpa tunai Yayasan MyKasih.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Lita Osman berkata, program itu merupakan salah satu komitmen Yayasan Petronas terhadap wanita dari kalangan keluarga nelayan serta ibu tunggal.

Iklan

Menurutnya, perlaksanaan program latihan itu juga dalam menyokong usaha kerajaan meningkatkan kualiti kehidupan dan taraf sosioekonomi masyarakat khususnya golongan sasaran terbabit.

"Program keusahawanan ini telah berjaya membantu menambahkan pendapatan isi rumah golongan B40 dan ekonomi masyarakat setempat.

Iklan

"Sejak ia dimulakan pada tahun 2018, sokongan dan sumbangan kami merangkumi program pembangunan keupayaan dan sumbangan keperluan asas," katanya.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Sentuhan Harapan - Planting Tomorrow di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Mengenai program itu, Petronas telah menyumbang sebanyak RM7 juta menerusi program Planting Tomorrow yang telah dijalankan di beberapa negeri di Malaysia.

"Sejumlah 400 keluarga dari Terengganu telah mengikuti program ini sejak ia dimulakan satu tahun lalu," katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta yang bermula dengan hanya berniaga secara kecil kecilan menjual makanan ringan, kini mempunyai jenama produk sendiri iaitu Keropok Megi Linda Homemade.

Haslinda Abdullah, 38, berjaya meraih kejayaan itu selepas mengikuti latihan melalui Program Sentuhan Harapan - Planting Tomorrow anjuran Yayasan Petronas yang disertainya enam bulan lalu.

Menurutnya, hasil dari tunjuk ajar diterima menerusi latihan sepanjang enam bulan itu, dia mengambil keputusan untuk memperbaiki cara pembungkusan mengikut citarasa semasa pengguna.

"Hasil daripada usaha tersebut, permintaan terhadap produk baharu ini meningkat. Penyediaan ramuan sekadar satu kilogram sehari kini meningkat ke enam kilogram sehari," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Haslinda turut menekankan aspek promosi secara intensif melalui media sosial, pemasangan kain rentang dan pengedaran kad perniagaan di kawasan sekitar.