MR D.I.Y. ajak rakyat untuk 'Beli Buatan Malaysia'

Iklan
Antara produk daripada jenama lain yang dijual sempena kempen ‘Beli Buatan Malaysia’ MR D.I.Y. (Gambar kecil: Alex Goh)

KUMPULAN MR D.I.Y. (MR D.I.Y.) mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan terhadap produk-produk buatan tempatan melalui inisiatif Beli Buatan Malaysia yang sedang dijalankan di cawangan-cawangan MR D.I.Y dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, inisiatif selama sebulan itu bermula 1 hingga 30 September 2022 menampilkan lebih 40 produk buatan Malaysia dalam kategori barangan keperluan rumah, perkakas dan keperluan harian dengan diskaun sehingga 30 peratus di cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Ia juga tidak terhad kepada produk-produk jenama MR D.I.Y. dan rangkaian RM2 dan RM5 MR. DOLLAR,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kempen itu menggalakkan rakyat Malaysia untuk saling membantu antara satu sama lain dan meraikan produk yang terbaik Malaysia.

Iklan

"Kempen ‘Beli Buatan Malaysia’ ini membuktikan komitmen kami untuk menyokong usaha ini,” katanya.

Beliau berkata, MR D.I.Y menggalakkan orang ramai untuk ‘beli lokal’, berbangga dengan produk buatan dan jenama tempatan serta memaksimumkan nilai ringgit mereka dengan janji ‘Always Low Prices’ kami.

Iklan

Jenama-jenama Malaysia terkenal yang turut ditawarkan sepanjang kempen itu termasuklah Shieldtox 8-Hour Nights Free 20 peratus (525ml 20 peratus) pada hanya RM5.80 setiap satu, pek isian semula pelembut fabrik Softlan Spring Fresh (1.4L/1.6L) pada hanya RM9 untuk dua unit, dan cecair pencuci pinggan Glo (900ml) pada hanya RM5 setiap satu.

Turut ditawarkan dalam kempen itu ialah produk penjagaan bayi dari Anakku, biskut dan snek dari Julie’s, Lexus, Jacker, Pagoda, dan Nut King, serta jenama-jenama barang runcit rumah nilai hebat seperti Spritzer, Kleenso, Marcella, Sekoplas, Kilat, dan x'traseal.