'Hanya seloka, harap tak ada yang 'koyak'' - Sanusi

Iklan
Seloka Muhammad Sanusi yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tidak mempunyai niat untuk memecahbelahkan mana-mana pihak dengan status-status dimuat naik di laman Facebook miliknya kebelakangan ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, ia hanyalah seloka dan gurauan semata-mata tanpa ada kaitan dengan yang hidup mahu pun mati.

Iklan
Iklan

Katanya, seloka itu juga adalah bahan berfikir dan berharap tiada pihak yang tersinggung dengan gurauan berkenaan.

"Tak adalah niat memecah-belah, nak pecah belahkan siapa? Siapakah yang terpecah dan terbelah dengan pantun itu?

Iklan

Menurutnya, pihak yang membaca seloka berkenaan perlu mentafsir dengan sendiri yang mempunyai mesej tertentu.

"Tafsir sendiri-sendirilah status dimuat naik di Facebook itu, tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Semua hantaran itu seloka dan gurauan saja tetapi ada selit mesej dan bahan untuk berfikir.

Iklan

"Janganlah kita seronok kerana menang dan berdukacita kerana kalah tanpa memikirkan ibrah atau pengajaran daripada kejadian itu. Kena fikir dan renung balik yang menang siapa dan yang kalah siapa?

"Selain itu kena tengok juga kenapa kita kalah dan pasal apa kita menang? Begitu juga macam mana boleh menang?," jelas Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi sebelum ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila menyatakan sokongannya kepada Terengganu FC dalam final Piala FA menentang JDT, Sabtu lalu.

Beliau kemudiannya tampil dengan seloka terbaharu di Facebook miliknya:

Kalau takut dilambung ombak,

Jangan berumah di tepi pantai,

Disangka ayamnya menang pak kadok melompat bersorak,

Disuruh berkokok nak bunyi eerrkkk! pun tak pandai.