'Najib tidak ceria seperti sebelum ini' - Shafee

Iklan
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR -"Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini,” kata peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Semasa prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, peguam utama bekas Perdana Menteri itu berkata, sikap anak guamnya tidak seperti sebelum dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Najib mempunyai sejarah penyakit ulser dan ia menjadi semakin teruk sejak tiga bulan yang lalu.

Menurutnya, Najib tidak menyedari penyakit dalam perut itu mula serius dan hanya mengadu rasa tidak selesa.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati, tahap sel darah merahnya juga sangat rendah, beliau umpama bom jangka.

"Selepas dimasukkan ke HKL Isnin lalu, mukanya kemerahan, nampak agak teruk,” katanya.

Iklan

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.