SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes SPRM.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, SPRM memaklumkan, individu yang dicari itu dikenali sebagai Low Yoke Keong berusia 34 tahun.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Mohd Azizul Saari di talian 017-910 6623 atau e-mel kepada azizul.saari@sprm.gov.my," katanya.