10,000 Kenderaan Elektrik Bateri siap untuk eksport ke Eropah

Iklan
Sebanyak 10,000 Kenderaan Elektrik Bateri keluaran SAIC sudah siap untuk dieksport ke pasaran Eropah. - Foto Bernama (kredit: CMG)

BEIJING - Sebanyak 10,000 Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) keluaran Korporat Industri Automotif Shanghai (SAIC) sudah siap untuk dieksport ke pasaran Eropah, kata Naib Pengarah Jabatan Pertama Industri Kelengkapan Kementerian Industri dan Maklumat China (MIIT), Guo Shougang.

Beliau berkata, kumpulan pertama BEV keluaran China itu bakal dipasarkan ke lebih 80 negara di dunia.

Iklan
Iklan

"Eksport ke Eropah itu menandakan pemain industri China mencapai kemajuan signifikan dalam senario global. Pengeksportan BEV China yang mengalami perkembangan pesat juga kondusif bagi transformasi industri automobil global ke arah tenaga elektrik.

"China akan terus menyempurnakan dasar dan peraturan yang terbabit dan menyediakan sokongan dalam bidang kewangan penggunaan, kredit dan insurans bagi mempergiatkan penjenamaan BEV China di seberang laut,” kata beliau pada Selasa.

Iklan

Menurut statistik terkini yang diumumkan Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), China sudah mengeksport sebanyak 341,000 BEV pada Januari hingga Ogos 2022 sekali gus menyumbang 26.7 peratus dalam keseluruhan eksport automobil. - Bernama

Iklan