Jumlah mangsa banjir di Sri Gading terus meningkat

Iklan
PPS dibuka di SMK Seri Gading.

BATU PAHAT - Seramai 163 mangsa banjir daripada 38 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading setakat jam 8 malam pada Rabu.

Ia menunjukkan pertambahan 83 mangsa daripada 20 keluarga yang ditempatkan di PPS terbabit pada sebelah petang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat, kawasan terlibat banjir di Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.

Pertembungan hujan lebat dan air pasang bermula dari jam 1.30 pagi hingga 4 pagi menyebabkan banjir kilat berlaku.

Iklan

Agensi berkaitan seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di lokasi banjir.

Iklan