Presiden Ukraine terlibat kemalangan kereta

Iklan
Volodymyr Zelenskyy - Foto AFP

KIEV - Seorang pemandu kereta bertembung dengan kenderaan yang membawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Kiev, kata jurucakapnya, pada awal pagi Khamis.

Bagaimanapun, Zelenskyy tidak mengalami kecederaan parah dalam kemalangan itu.

Iklan
Iklan

"Sebuah kereta penumpang bertembung dengan kereta Presiden Ukraine dan kenderaan pengiring di Kiev,” kata jurucakap tersebut, Sergiy Nikiforov dalam satu kenyataan disiarkan di Facebook pada jam 1.22 pagi waktu tempatan.

"Petugas-petugas perubatan yang mengiringi Presiden memberikan bantuan kecemasan kepada pemandu kereta dan memindahkannya ke dalam ambulans. Presiden telah diperiksa oleh doktor, tiada kecederaan serius dikesan. Pegawai penguat kuasa undang-undang akan menyiasat kemalangan itu," katanya seperti dilaporkan AFP.

Iklan

Dalam ucapannya di televisyen yang videonya disiarkan sejurus selepas kemalangan itu, Zelenskyy berkata, beliau baru pulang dari kawasan sekitar Kharkiv.

Tambah beliau, hampir seluruh wilayah itu telah dirampas semula selepas serangan balas kilat tentera Ukraine untuk mengusir askar-askar Rusia.

Iklan

"Ia adalah pergerakan askar kami yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ukraine sekali lagi berjaya melakukan apa yang dianggap mustahil oleh ramai orang," kata Zelenskyy.

Tindakan tentera Ukraine mengusir tentera Rusia dari kawasan timur negara tersebut telah mencabar cita-cita Rusia untuk menawan seluruh wilayah Donbas. - Agensi