Samy Vellu banyak berperanan bangunkan jalan raya negara: PM

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

menyifatkan bekas Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian infrastruktur jalan raya di dalam negara.

Iklan
Iklan

Sebelum itu beliau menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Samy Vellu yang juga bekas Presiden MIC pada pagi Khamis.

"Pagi ini saya menerima berita sedih tentang pemergian Tun S Samy Vellu, mantan Presiden MIC dan bekas menteri Kabinet yang paling lama berkhidmat bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008.

Iklan

"Mendiang juga menjadi Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995. Mendiang banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian jalan raya dalam negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, pada Khamis.

Samy Vellu yang berusia 86 tahun meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur kira-kira jam 7 pagi Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Samy Vellu merupakan pejuang dan bapa penyatuan masyarakat kaum India serta menjadi mentor kepada pemimpin MIC sepanjang dan selepas kepemimpinannya.

Kata Perdana Menteri, banyak sumbangan ditaburkan pemimpin tersebut kepada negara dan masyarakat India antaranya dalam penubuhan Maju Institute of Educational Development (MIED), Universiti Aimst dan Kolej Tafe yang membantu meningkatkan kehidupan masyarakat itu di negara ini.