Jalur Gemilang guna 2,200 penutup botol terpakai

Iklan
Guru terlibat merakam gambar bersama Jalur Gemilang yang dihasilkan pelajar PPKI menggunakan 2,200 penutup botol terpakai.

KEMAMAN - 26 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangaaan (SMK) Bukit Kuang di sini, mencipta Jalur Gemilang menggunakan 2,200 penutup botol terpakai.

Pengetuanya, Mohd Akhir Tompang berkata, pelajar berkenaan mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang itu yang dihasilkan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke-65 kali ini.

Iklan
Iklan

Katanya, penutup botol yang digunakan adalah penutup botol terbuang yang diperoleh dari pusat pengumpulan sampah, di kawasan tepi Sungai Kuang, pusat kitar semula, tepi pantai serta dalam kawasan sekolah.

Pelajar terlibat menghasilkan Jalur Gemilang merakam gambat bersama guru pembimbing ketika sambutan bulan kebangsaan yang diraikan SMK Bukit Kuang, pada Khamis.

Menurut Mohd Akhir, aktiviti menghasilkan Jalur Gemilang itu turut dibantu tujuh guru PPKI yang diketuai Aflah Omar.

Iklan

"Kesemua pelajar begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan projek mereka.

"Semangat dan kesungguhan pelajar PPKI mencipta dan menyiapkan Jalur Gemilang dalam tempoh masa yang singkat harus dijadikan contoh dan ikutan pelajar lain untuk diterapkan dalam pembelajaran mereka," katanya.

Iklan

Jalur Gemilang itu dipamerkan sempena sambutan bulan kemerdekaan di Dewan Lestari SMK Bukit Kuang, disini pada Khamis.