Rawatan IVF: Rezeki dapat kembar

Iklan
Chee Leong (tiga,kiri) mendukung anak Elee, Danial Chong dan Elle,(sebelah) turut memangku anaknya, Florence pada majlis perasmian pusat rawatan IVF di Kota Laksmana.

MELAKA TENGAH - Tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Lee Elee, 34, dan Chong Yan See, 41 masih tidak dikurniakan anak.

Pelbagai usaha dan rawatan telah dilakukan hinggakan berhabis ribuan ringgit, namun semuanya gagal.

Iklan
Iklan

Jika dikira-kira, menurut pasangan ini, mereka sudah pun melabur RM25,000 mencuba pelbagai rawatan model dan juga tradisional, namun semuanya tidak berjaya.

Tidak pernah berputus asa dan terus mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak, akhirnya pasangan ini mengambil keputusan untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Iklan

Mengakui, takut untuk mencubanya biarpun pernah mendengar kejayaan daripada pasangan lain, namun setelah dibulatkan hati, Elee mencuba IVF ini.

"Perasaan takut untuk mencuba rawatan tersebut memang ada.

Iklan

"Selepas mendapatkan khidmat doktor pakar dan menjalani rawatan IVF, saya disahkan mengandung.

"Paling mengujakan, saya mengandung anak kembar pada Oktober 2017 dan selamat bersalin April tahun lalu," katanya yang mendapat sepasang anak kembar.

Elee berkongsi kisahnya ketika perasmian pusat rawatan IVF yang disempurnakan oleh Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong di Metro IVF Melaka, Kota Laksmana, di sini, hari ini.

Elee bersyukur dianugerahkan dua cahaya mata serentak yang semakin membesar dengan sihat dan sehingga kini masih menjalani rawatan susulan dengan klinik swasta berkenaan.

Hadir sama pada program berkenaan adalah pengasas Metro IVF Sdn Bhd, Dr Tee Swi dan Pengarah Urusan Metro IVF Sdn Bhd, Jason Lim.

Sementara itu, Chee Leong berkata, pembukaan pusat berkenaan dijangka menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini menerusi sub sektor pelancongan kesihatan menerusi fasiliti makmal baharu dan menggunakan teknologi terkini Assisted Reproductive Technology (ART) untuk memberikan perkhidmatan kepada pasangan yang telah berkahwin dan berusaha untuk memiliki zuriat.

Menurutnya, jumlah pelancong perubatan warga asing yang mendapat perkhidmatan rawatan swasta di negeri ini juga semakin mencatatkan peningkatan dan berharap dengan wujudnya fasiliti rawatan perkhidmatan seperti MetroIVF, akan terus menyumbang kehadiran pelancong ke Melaka.

"Usahasama Metro Healthcare Berhad dalam melebarkan sayap mereka di Melaka, secara tidak langsung dapat menyebar luas perkhidmatan kesihatan khususnya di dalam bidang fertiliti (kesuburan) atau kesuburan menerusi fasiliti makmal yang canggih," katanya.