Penyelidik temui kaedah rawat beku darah pesakit Covid-19

Iklan
Foto hiasan

TAIPEI - Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh Covid-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit berkenaan.

Central news agency (CNA) melaporkan pasukan itu yang diketuai Hsieh Shie-liang, mengesan mekanisma yang menyebabkan pembentukan ‘neutrophil extracellular traps’ (NET), faktor penyumbang dalam trombosis dalam kalangan pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran vesices ektracelular (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor -- CLEC5 and TLR2.

Pasukan hipotesis Hsieh mendapati mekanisma ini turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal Covid-19, dengan paras platelet EV yang tinggi.

Iklan

Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam ediri 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan itu membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit Covid-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.

Menggunakan tikus sebagai ujikaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet telah menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.

Iklan

Menurut pasukan itu, penemuan itu menunjukkan platelet merupakan penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2-.

Pasukan itu berkata, keputusan itu adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Hsieh berkata sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada Covid-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan Covid-19, katanya. - Bernama