Cempaka Merah Asnaf Solution jual produk bantu asnaf

Iklan
Che Norhayati bersama suami, Mejar Bersara Md Sabri Said mengeluarkan modal sendiri mengusahakan tanaman cendawan bagi membantu golongan asnaf menjana pendapatan.

KOTA BHARU - Cempaka Merah Asnaf Solution, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah mengeluarkan dan menjual pelbagai produk kecantikan serta kesihatan bagi membantu golongan asnaf di Kelantan.

Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed berkata, gerak kerja sukarelawan itu bermula sejak 2017 dengan membantu komuniti setempat dan memfokuskan kepada golongan sasar termasuk fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, individu menghidap penyakit kronik serta anak yatim.

Iklan
Iklan

"Ia mendorong saya untuk melakukan pelbagai misi kemanusiaan di dalam dan luar negeri Kelantan bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Che Norhayati mengeluarkan modal sendiri untuk mengusahakan tanaman cendawan dengan memberikan bongkah cendawan tersebut kepada asnaf untuk mereka usahakan bagi menjana pendapatan.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam bernombor 03072010137874 atas nama Cempaka Merah Asnaf Solution atau boleh hubungi 011-2546 6362.