Pulau Pinang kibar bendera separuh tiang pada Isnin

Iklan
Bendera Pulau Pinang dikibar separuh tiang pada Isnin ini sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Pulau Pinang akan mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada 19 September (Isnin) sebagai menghormati kemangkatan dan hari pemakaman Ratu Elizabeth II.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju agar bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang.

Iklan
Iklan

"Penghormatan tersebut adalah sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II selepas 70 tahun menaiki takhta dan merupakan pemerintah monarki yang paling lama di United Kingdom.

"Selaras dengan persetujuan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seluruh kepimpinan kerajaan negeri menyahut keputusan berkaitan dan mengarahkan semua jabatan serta agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada Isnin depan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, Pahang dan Selangor mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Ratu Elizabeth II yang menjadi pemerintah monarki di Britain selama 70 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis minggu lalu.

Iklan

Serentak pengumuman berkenaan, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.

Difahamkan seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari sebagai penghormatan terakhir buat baginda.