PTPTN umum kaedah pinjaman untuk M40 dalam masa terdekat

Iklan
Perdana Menteri pada Khamis mengumumkan kenaikan pinjaman PTPTN kepada golongan M40 daripada 75 peratus kepada 100 peratus serta kemudahan pinjaman komputer riba. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memaklumkan kaedah pelaksanaan pinjaman terkini bagi golongan M40 (M1) dan pinjaman komputer riba bagi golongan berkenaan dalam masa terdekat selepas dimuktamadkan.

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis mengenai kenaikan pinjaman PTPTN kepada golongan itu daripada 75 peratus kepada 100 peratus serta kemudahan pinjaman komputer riba.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan pada Jumaat, PTPTN menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman tersebut.

"Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan serta kepentingan mahasiswa Keluarga Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Sementara itu, PTPTN memaklumkan bahawa peminjam yang menamatkan pengajian bermula 2019 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak membuat permohonan untuk pengecualian bayaran balik pinjaman, yang dibuka sejak semalam hingga 31 Disember.

"Peminjam boleh memohon secara dalam talian di portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, peminjam juga boleh menghubungi PTPTN melalui Careline PTPTN di 03-2193 3000 (operasi Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang), Live Chat di www.ptptn.gov.my atau media sosial rasmi PTPTN. - Bernama