PENGENDALI West Ham United, David Moyes mengakui kurang berpuas hati persembahan dipamerkan pemain The Hammers ketika menewaskan kelab liga Denmark, Silkeborg, 3-2 dalam saingan Liga Konferensi di JYSK Park, Silkeborg.
Biarpun begitu Moyes tetap memuji komitmen dalam kalangan pemain kelab London itu mengekang kebangkitan tuan rumah pada babak kedua.
"Sejujurnya sepatutnya West Ham sudah berada dalam keadaan selesa apabila mendahului 3-1 pada babak pertama perlawanan.
"Namun sebaliknya beberapa keputusan buruk berlaku pada babak kedua ketika pemain bertahan semasa berdepan serangan balas jentera Silkeborg.
"Apapun pemain melakukan tugasan masing-masing dengan baik dalam perlawanan ini, bukan mudah untuk membawa pulang tiga mata dari laman lawan," katanya.
Pada perlawanan itu, gol The Hammers dijaringkan Manuel Lanzini pada minit ke-13', Gianluca Scamacca (25') dan Craig Dawson (38'), memadam jaringan awal minit kelima Kasper Kusk sebelum Soren Tengstedt merapatkan kedudukan pada minit ke-75.
Keputusan itu menyaksikan West Ham unggul memimpin Kumpulan B dengan enam mata setelah mengharungi dua perlawanan selepas menyingkap aksi pembukaan kumpulan dengan kemenangan 3-1 ke atas kelab Romania, FCSB di London.
KEPUTUSAN
Liga Konferensi Europa
RFS 0 -2 Hearts
Istanbul Basaksehir 3-0 Fiorentina
FCSB 0-0 Anderlecht
Silkeborg 2-3 West Ham United
Hapoel Beer Sheva (ISR) 1-2 Villarreal
Lech Poznan 4-1 Austria Vienna
Partizan Belgrade 1-1 Nice
Cologne 4-2 Slovacko
Apollon Limassol 1-3 Dnipro-1
AZ Alkmaar 4-1 Vaduz
Djurgarden 3-2 Molde
Gent 3-0 Shamrock Rovers
CFR Cluj 0-1 Sivasspor
Slavia Prague 3-2 Ballkani
Zalgiris Vilnius 0-1 Basel
Pyunik 2-0 Slovan Bratislava