JASIN - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menafikan dakwaan bahawa terdapat ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri menolak parti baharu itu menjadi komponen BN.
Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, setakat ini perbincangan mengenai perkara itu berjalan lancar.
Iklan
Iklan
Zuraida yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, beliau yakin rakyat dapat menerima PBM sekali gus dapat memenangi kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Insya-ALLAH, boleh menang tujuh kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri," kata beliau lagi.
Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan gabungan parti itu masih memperhalusi permohonan beberapa parti termasuk PBM untuk menjadi komponennya.
Zambry berkata, permohonan itu akan diteliti oleh urus setia sebelum mengumumkan mengenai hal itu.
Artikel Berkaitan