Bapa pelakon remaja diserah kepada polis Klang

Iklan
Gambar hiasan.

KLANG - Bapa kepada pelakon remaja yang ditahan atas dakwaan mencabul dan mendera anaknya sendiri dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek sebelum ini ditahan di IPD Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Suspek berumur 43 tahun itu telah diserahkan kepada pihak IPD Klang Utara bagi siasatan melibatkan cabul dan amang seksual.

"Permohonan reman bagi suspek akan dibuat pada Sabtu di Mahkamah Majistret Klang untuk siasatan di bawah Seksyen 377A/354 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Pada Selasa lalu, bapa kepada pelakon remaja perempuan yang sebelum ini mendakwa diganggu secara seksual oleh suspek direman tujuh hari setelah diberkas di sebuah rumah di Kedah.

Sebelum itu, pada Isnin, pelakon remaja berusia 15 tahun membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, bapa kepada pelakon terbabit telah membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.

Polis mengesahkan bapa kepada pelakon remaja yang didakwa mencabul dan mendera anaknya sendiri diserahkan ke IPD Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat mangsa di sini.