Tabung Haji lambang kekuatan umat Islam

Iklan
Yasim

SHAH ALAM - Umat Islam di negara ini wajar untuk memberi sokongan penuh kepada Tabung Haji (TH) masa ini.

Penasihat Pimpinan Negeri Selangor NGO-i, Yasim Mohamed berkata, sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang lama di negara ini, TH perlu sentiasa diberi keyakinan.

Iklan
Iklan

"TH adalah lambang kekuatan ekonomi umat Islam, jika kita lihat dari pelbagai sudut, ia bertapak dengan titik jerih pemimpin terdahulu, dibina dengan keringat sehingga ia kukuh dan kekal sehingga hari ini.

"Sebagai umat Islam, perlu kita sentiasa memberi keyakinan kepada institusi ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Katanya, umum sedia maklum TH sedang melalui pelbagai fasa pemulihan dalam tempoh terdekat ini.

Iklan

"Jadi wajar kita sebagai umat Islam sentiasa memberikan sepenuh sokongan, elakkan berprasangka negatif dan terus memberikan peluang kepada TH untuk melaksanakan pemulihan," katanya.

Terdahulu, penantian 9.3 juta pendeposit TH berakhir apabila Lembaga TH mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus, kepada semua pendeposit semalam.

Agihan hibah yang membabitkan jumlah sebanyak RM913 juta dengan mengambil kira RM85.5 juta zakat dibayar TH kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara.