IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada 9 September lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, bendera Perak dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu ini sehingga selesai istiadat permakaman pada Isnin depan.
Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun pada 9 September lalu seperti diumumkan Istana Buckingham.