Azeem raja pecut Sukma MSN 2022

Iklan
Azeem melakukan catatan 10.25s untuk meraih pingat emas dalam acara 100m. - Foto FB Majlis Sukan Negeri Perak.

PELARI sensasi, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak menepati ramalan apabila mengungguli acara 100 meter (m) sekali gus dinobatkan sebagai raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi (Jumaat).

Pemegang rekod kebangsaan itu berada dalam kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan 10.25 saat (s).

Iklan
Iklan

Pingat perak menjadi milik pelari Johor, Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dan gangsa dimenangi atlet Negeri Sembilan, Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s).

Sebagai rekod, rekod temasya dilakar oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukma 2016 di Sarawak.

Iklan
Iklan

Rekod kebangsaan dipegang Azeem pula dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 dengan catatan 10.09s.