Anak Kedah juara Sayembara Deklamasi Puisi Artistik
Iklan
Shahidan menyampaikan piala pusingan kepada juara Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022, Saiful Amir pada Khamis.
KUALA LUMPUR – Saiful Amir Kidam dari Kedah dengan karya Samsudin Ahmad berjudul 'Cerita Bonda', dinobatkan juara Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 bersempena Hari Malaysia.
Pemenang membawa pulang Piala Pusingan Seri Pemuisi Malaysia, wang tunai RM2,000, sijil dan hadiah iringan dalam program yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini pada Khamis.
Iklan
Iklan
Program sayembara kali ketiga itu anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi) dengan kerjasama DBP dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Dalam pada itu, pemenang Anugerah Emas dimenangi peserta dari Perak, Muhammad Shazren Baharudin melalui puisi Wanrazuhar berjudul 'Perpaduan Malaysia' yang membawa pulang wang tunai RM1,500, piala iringan, sijil, dan hadiah sampingan.
Iklan
Anugerah Perak pula disandang Mohd Jorasmin Mat Isa dari Perlis menerusi karya Siti Zainon Ismail bertajuk 'Subuh Merdeka', sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 bersama piala iringan, sijil dan hadiah sampingan.
Dari kiri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob, (Naib Canselor Universiti Malaya kelapan), Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran (Ketua Pengarah DBP), Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP), Datuk Rahman Shaari (Sasterawan Negara), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Perseketuan) dan Datuk Dr Radzuan Ibrahim (Presiden Pemuisi).
Beliau turut memenangi hadiah Busana Lelaki Terbaik.
Iklan
Hadiah Busana Perempuan Terbaik menjadi milik Rozalita Saupi dari Pulau Pinang dan Persembahan Terbaik berpihak kepada Akilul Nazar Arbain dari Johor.
Sementara itu, Anugerah Gangsa diberikan kepada kesemua 12 peserta lain dengan hadiah wang tunai RM300, sijil dan cenderahati setiap seorang pemenang.
Turut hadir Presiden Pemuisi, Datuk Dr Radzuan Ibrahim; Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan Sasterawan Negara (SN) Datuk Rahman Shaari dan Datuk Dr Zurinah Hassan.
Menurut Radzuan lebih 200 peserta yang mengambil bahagian pada sayembara kali ketiga itu.
"Seramai 15 orang peserta yang terpilih mewakili 15 negeri dan Wilayah Persekutuan berentap di panggung sayembara yang diadakan pada sebelah petangnya,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam