Pengorbanan Nur Adibah tahan sakit berbaloi

Iklan
Nur Adibah (tengah) mengungguli acara lepas beramai-ramai perseorangan wanita Sukma MSN 2022 di Sendayan, Negeri Sembilan pada Jumaat. - Foto Agensi.

PENGORBANAN pelumba sensasi, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad menahan rasa sakit ternyata berbaloi apabila meraih emas kedua peribadi dalam acara lepas beramai-ramai perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Jumaat.

Pelumba Johor itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas iaitu 3 jam 18 minit dan 03.000 saat (s) pada perlumbaan yang berlangsung D'Tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Tak sangka akan menjadi penyumbang emas kedua secara individu untuk Johor kerana di sepanjang perlumbaan, saya dijaga rapi oleh pelumba lain. Namun rezeki menyebelahi saya dan berjaya melakukannya.

Dalam acara itu, pingat perak diraih pelumba dari Wilayah Persekutuan, Yeong Zhen Yi selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 03:20:22.000s manakala gangsa dimenangi atlet Terengganu, Nor Aisyah Munirah Chek Ramli (03:23:45:000s).

Iklan

Nur Adibah dijadual menyertai acara kriterium di venue sama pada Sabtu sebelum mengambil bahagian dalam acara trek di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan bermula Isnin ini.

"Sasaran untuk acara individu tiga atau empat emas tetapi saya akan cuba selagi terdaya. Saya ada lagi acara kriterium esok (Sabtu) dan selepas itu akan sertai acara trek kejar mengejar berpasukan, omnium, kejar mengejar individu dan perlumbaan scratch,” jelas Nur Adibah..

Iklan

Selain memenangi acara individu, Nur Adibah turut membantu pasukan berbasikal Johor untuk meraih emas dalam acara lepas beramai-ramai berpasukan wanita bersama rakan sepasukan Nur Syafika Natasha Kadir, Noormastura Norman dan Haziatul Eiysa Suhardi.

Nur Adibah pada Rabu meraih pingat emas pertama Sukma selepas mengungguli acara ujian masa lebuh raya individu wanita.