PH beri jaminan lindungi kebebasan media

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan untuk memelihara dan meningkatkan kebebasan media di negara ini melalui pembaharuan undang-undang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH juga bersedia untuk melabur bagi menyediakan latihan dan pendidikan media secara profesional.

Iklan
Iklan

Anwar dalam kenyataan sama, sebelum itu menyatakan kebimbangan terhadap campur tangan kebebasan akhbar di negara ini.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang mengancam demokrasi di Malaysia.

Iklan

"Pertuduhan jenayah yang difailkan terhadap bekas pengarang The Edge dan juga penggantian mendadak editor kumpulan New Straits Times Press (NSTP) berikutan dakwaan tekanan yang dikenakan oleh beberapa pemimpin kanan UMNO mengingatkan taktik autoritarian dan pembuli yang digunakan pimpinan BN sebelum PRU14 terhadap pemilik media, editor dan wartawan.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengutuk tindakan ini yang mengancam demokrasi kita," katanya.

Iklan

Tambah Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanggungjawab membangkitkan keyakinan terhadap Malaysia.

Ujarnya, ia termasuk keyakinan berhubung profesionalisme agensi penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang serta jaminan untuk melindungi kebebasan akhbar.

"Tanpa prinsip tersebut, keyakinan terhadap ekonomi kita akan berkurangan dan pelabur akan terus menjauhi Malaysia," jelas beliau.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyatakan sokongan terhadap profesion media atas sumbangan harian yang diberikan ke arah mengukuhkan demokrasi Malaysia.