Pengunjung bersemangat pakai busana tradisional

Iklan
Muhammad Nur Aiman (tengah) bersama dua sahabatnya yang turut mengenakan pakaian tradisional 50-an pada program Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir pada Sabtu.

MELAKA - Seorang pengunjung sambutan Hari Malaysia 2022, sanggup meminjam baju lama milik bapanya bagi memeriahkan sambutan itu yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir pada Sabtu.

Muhammad Nur Aiman Mohammad Hisharuddin, 20, dari Tangkak, Johor berkata, sejak minggu lalu dia bersemangat untuk datang menyaksikan Hari Malaysia di Melaka sebelum dipelawa bapanya untuk memakai busana tradisional berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan mengenakan kemeja petak berwarna kelabu dan seluar hitam dia cuba membawa tema klasik 60-an.

"Sejujurnya saya kurang pasti bentuk pakaian era 60-an, namun saya buat sedikit kajian di media sosial dan memilih tema baju kemeja seperti ini.

Iklan

Dalam pada itu, dua sahabat baiknya, Nurul Syafiqa Izzati Ismail dan Farhana Mukhydin, 20, turut menjadi tumpuan ramai apabila mengenakan 'baju opah' dengan modal tidak sampai RM20 untuk mengikut tema yang ditetapkan bagi sambutan kali ini.

Mohd Rustam mengenakan pakaian trarisional kaum Iban pada program itu.

Sementara itu, seorang pempengaruh media sosial, Mohd Rustam Johari, 35, atau lebih dikenali sebagai Otam berkata, dia mengenakan pakaian tradisional Iban yang mana baju itu merupakan koleksi peribadinya ketika dia menjadi penari kebudayaan Briged Seni Melaka.

Iklan

Mohd Rustam, berkata, sejak mengetahui Melaka menjadi tuan rumah bagi sambutan itu segala persiapan telah dilaksanakannya bagi meraikan peristiwa yang mencatat sejarah negara kali ini.

"Bila pakai baju tradisi kaum Sabah dan Sarawak ini saya rasa bersemangat datang ke sambutan ini untuk mengikut tema yang ditetapkan iaitu pakaian tradisional 50-an dan 60-an.

"Sebagai rakyat Malaysia saya teruja dan banga kerana berpeluang merasai suasana sambutan yang meriah ini," katanya.