Harimau Malaya mampu mengaum di Chiang Mai

Iklan
Pan Gon (kanan) bersama barisan skuad Harimau Malaya ketika mengendalikan Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Wisma FAM hari ini. - Foto Bernama

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mendedahkan ramai pemain yang dimahukannya gagal disenaraikan menjelang Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai bermula 22 hingga 25 September ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar pemain tersebut tetapi mendakwa ia disebabkan oleh masalah peribadi dan proses pemulihan kecederaan bagi sesetengah pemain.

Iklan
Iklan

"(Tetapi) saya rasa secara amnya sangat gembira dengan skuad ini, nampak sangat mantap dan saya akan terus mara ke hadapan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM di Kelana Jaya, pada Jumaat.

Seramai 23 daripada 25 pemain dalam senarai melaporkan hari ini dengan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Shahrul Mohd Saad akan menyertai pasukan itu dalam beberapa hari akan datang kerana dilaporkan tidak sihat manakala seorang lagi pemain pertahanan, Dion Cools akan menyertai pasukan itu di Thailand.

Iklan
Pemain Harimau Malaya ketika menjalani Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Wisma FAM pada Jumaat. - Foto Bernama

Mengulas mengenai perlawanan pertama menentang tuan rumah, jurulatih dari Korea Selatan itu berkata, ia adalah peluang terbaik untuk menguji anak buahnya menghadapi lawan yang berada di kedudukan yang lebih tinggi.

"Kedudukan mencerminkan beberapa tahun kebelakangan ini apa yang telah mereka lakukan tetapi tidak menggambarkan detik ini...kami akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka dan kami mahu melihat persembahan yang baik," katanya.

Iklan

Dalam pertandingan empat penjuru itu, Malaysia yang berada di kedudukan ke-148 dunia akan menentang Thailand (111) pada 22 September manakala Trinidad & Tobago (101) akan berdepan Tajikistan (109).

Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu di final pada 25 September manakala pasukan yang kalah akan bersaing untuk tempat ketiga.

Malaysia pada era 1970-an pernah menjuarai empat edisi Piala Raja Thai, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Piala Raja Thai akan memberi peluang kepada Pan-gon menguji pemain baharu sebelum menghadapi Piala AFF Disember ini. - Bernama