Costa mampu ubah karakter Wolves

Iklan
Costa diyakini dapat membantu Wolverhampton lebih agresif dalam saingan liga musim ini.- Foto: Wolverhampton Wanderers FC

DIEGO Costa diyakini dapat membantu Wolverhampton Wanderers memenangi pertarungan di padang berdasarkan keagresifan dan fizikal penyerang Sepanyol itu, kata pengurus Wolves, Bruno Lage.

Wolves menandatangani bekas penyerang Chelsea, Costa secara percuma selepas kehilangan khidmat Sasa Kalajdzic dan Raul Jimenez akibat kecederaan.

Iklan
Iklan

Lebih malang Kalajdzic dijangka terpaksa diketepikan selama sembilan bulan selepas pembedahan lutut.

Untuk rekod, anak buah Lage hanya menjaringkan tiga gol liga musim ini yang paling rendah dalam liga teratas menentang juara Manchester City di laman sendiri pada Sabtu ini.

Iklan

Ditanya sama ada Wolves terlalu baik pada masa lalu kehadiran Costa akan mengubahnya, pengurus Portugal itu memberitahu:"Itu satu perkara yang baik. Sekiranya anda mahu menekan dan menjadi lebih agresif, kadangkala anda tidak boleh terlalu baik.

"Anda perlu agresif dalam pertarungan dan dia (Costa) berkata demikian kepada saya. ‘Saya tahu anda bertanya profil saya, personaliti saya, saya seorang pemain terbaik di luar padang, namun di padang saya sangat keras’.

Iklan

"Itulah jenis pemain yang saya mahukan dalam mengharungi saingan liga, dan sejujurnya sangat mudah untuk meyakinkannya untuk menyertai kami."