Sorok 41 PATI di inap desa

Iklan
41 PATI ditahan di sebuah rumah inap di Kampung Endah, Kuala Langat pada Jumaat.

KUALA LANGAT - Penahanan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Long Beach, Morib di sini pada Jumaat membongkar aktiviti di sebuah inap desa (homestay) yang dijadikan tempat 'persinggahan' dan persembunyian sementara warga asing terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, 11 PATI warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam menerusi Op Nyah 1 Selangor oleh sepasukan anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PATI yang terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu ditahan ketika sedang bersembunyi di kawasan paya bakau di lokasi terbabit.

"Hasil siasatan membawa polis ke sebuah inap desa di Kampung Endah dan berjaya menahan seramai 41 lagi PATI warga Indonesia dan Bangladesh.

Iklan
PGA Batalion 4 menahan 11 PATI warga Indonesia di kawasan paya bakau di Pantai Long Beach, Morib, Kuala Langat pada Jumaat.

"Turut ditahan adalah tiga lelaki warga Indonesia dipercayai tekong menguruskan perjalanan PATI masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Ridhwan menjelaskan, PATI terbabit dipercayai membayar antara RM2,000 hingga RM4,500 kepada sindiket untuk masuk ke Malaysia secara haram sebelum ditempatkan dalam pelbagai sektor terutama ladang dan pembinaan di sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Iklan

"Siasatan sedang dijalankan termasuk akan merekodkan keterangan pemilik inap desa terbabit," ujarnya.

Ujar beliau, kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Banting untuk disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.