Pas masih hormat Tun M

Iklan
Dr Mahathir (kiri), Takiyuddin

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad terkeliru jika melabelkan Pas sebagai sebuah parti kafir.

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu juga pernah membuat kenyataan sama sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kerjasama Pas bersama parti lain bukan sebab mahu berkuasa sebaliknya untuk kepentingan rakyat.

"Pas pun nak kuasa. Kalau masuk pilihan raya untuk kalah, itu memang tidak betul," katanya kepada pemberita selepas Karnival Jualan Murah Kota Bharu di sini pada Sabtu.

Iklan

Bagaimanapun Takiyuddin memaklumkan menghormati Dr Mahathir kerana pemimpin itu mempunyai wawasan dan banyak membantu memajukan negara.

"Semua parti politik sudah tentu mahu berkuasa kerana boleh berkhidmat kepada rakyat.

Iklan

"Kita masuk pilihan raya dan bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," katanya.

Media pada Jumaat melaporkan Dr Mahathir mendakwa Pas parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Kata beliau, sehingga kini Pas tidak menarik balik dakwaan yang dibuat dahulu bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir.

Takiyuddin (dua dari kiri) melihat kakitangan Pasaraya Mydin melayan pelanggan sempena Karnival Jualan Murah Kota Bharu pada Sabtu.

Justeru, Dr Mahathir menyifatkan kerjasama berkenaan menggambarkan Pas bukan lagi parti Islam.

Takiyuddin dalam pada itu enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

"Jadi soalan saya, mahukah beliau menjadi Perdana Menteri kali ketiga jika ada peluang," katanya.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga turut memaklumkan sedang membincangkan penggunaan logo Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, cadangan berkenaan sedang dipertimbangkan kerana Perikatan Nasional (PN) setakat ini tidak menghalang penggunaan logo itu.

"Penggunaan logo juga merupakan strategi dalam politik untuk menarik lebih ramai undi tetapi kami belum memuktamadkan logo yang akan digunakan," katanya.