KKM disaran guna terma gay bukan MSM

Iklan
Dr Rafidah Hanim Mokhtar

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) disaran menggunakan terma gay atau homoseksual berbanding terma seks dengan lelaki (MSM) agar memberi pemahaman lebih jelas dalam aspek mendidik masyarakat.

Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, terma MSM digunakan dalam penyelidikan golongan profesional dan laras bahasa lebih mudah perlu digunakan untuk masyarakat.

Iklan
Iklan

"Tetapi bila bawa kepada masyarakat, kita kena guna terma yang masyarakat faham. Gaya, homoseksual... Ada kelab gay, ada kelab homo...tapi kita tak jumpa kelab MSM dalam masyarakat,” katanya ketika menjadi panelis Program Di sebalik Isu Bersama FY dikendalikan oleh Finaz Yunus disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian, pada Jumaat.

Program yang membincangkan topik bertajuk HIV, Gay & Melayu itu turut menampilkan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong sebagai panelis dan pesakit HIV gay dikenali sebagai Hakim Azman sebagai jemputan khas.

Iklan

Tambah beliau, di Amerika Syarikat (AS), mereka membentangkan data menggunakan istilah bisekskual, gay, transgender dan homoseksual.

"Ia amat jelas. Data sains pergi ke masyarakat dan masyarakat jelas.

Iklan

"Ini yang saya minta supaya Kementerian Kesihatan turun ke dalam masyarakat kita dengan bahasa yang sama-sama boleh faham,” katanya.