SEREMBAN - Parti Amanah Negara (Amanah) menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.
Dr Mohd Hatta berkata penangguhan tersebut membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya Jun 2024 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.