Tak mustahil tewaskan Korea

Iklan
Hassan

DI atas kertas, pasukan Korea Selatan sudah tentu dilihat sebagai calon juara kumpulan E kelayakan Piala Asia Bawah 20 (B-20) apabila skuad Taeguk Warriors itu akan turun berdepan pasukan negara bagi penentuan tempat pertama dan kedua.

Dengan rekod tanpa kalah dalam dua perlawanan akhir menentang Sri Lanka dan Mongolia, skuad Korea Selatan tampak tidak akan berdepan masalah untuk layak ke peringkat akhir Piala Asia B-20 dengan status sebagai juara kumpulan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun bagi pengendali skuad kebangsaan, Hassan Sazali Waras, beliau percaya pasukannya bakal melakukan kejutan pada perlawanan esok, memandangkan moral pasukan kini dalam keadaan baik selepas melakar kemenangan selesa ke atas Sri Lanka sebelum ini.

"Untuk perlawanan esok, sudah tentu kalau boleh kami mahu untuk mendapat tiga mata penuh menentang Korea Selatan walaupun misi tersebut saya akui agak sukar.

Iklan

"Bagaimanapun ia bukanlah satu misi yang mustahil memandangkan moral pemain-pemain kini berada di tahap yang tinggi selepas menang ke atas Sri Lanka sebelum ini.

"Jadi saya harap pemain-pemain tidak terlalu memandang tinggi kepada Korea. Saya yakin kalau mereka mampu melakukannya tidak mustahil untuk mengutip tiga mata penuh,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Iklan

Untuk rekod, skuad Harimau Muda kini berada di kedudukan kedua kumpulan di belakang pendahulu kumpulan E, Korea Selatan dengan meraih empat mata hasil satu kemenangan dan seri sekali.

Berdasarkan format kelayakan, hanya juara daripada setiap 10 kumpulan akan layak secara automatik, manakala lima lagi slot diberikan kepada lima naib juara terbaik selain Uzbekistan yang layak selaku tuan rumah.

Dalam pada itu, Hassan ketika ditanya berkenaan kondisi pasukannya menjelang perlawanan akhir nanti, beliau berasa lega kerana tiada kecederaan serius dialami pemain-pemainnya.

Malah katanya, kesemua pemain yang dibawanya juga cergas untuk diturunkan dan berharap mereka sentiasa berada dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan pada aksi tersebut.

"Alhamdulillah, setakat ini semua pemain cergas untuk diturunkan kerana tiada yang mengalami kecederaan serius.

"Jadi saya harap kesemua mereka berada dalam keadaan sedia sekiranya diperlukan. Harapnya mereka mampu untuk bagi aksi yang terbaik pada perlawanan tersebut," katanya.