Wanita direman dera anak

Iklan
Wanita berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kok Lanas, Kota Bharu dan direman selama tujuh hari bermula pada Sabtu. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia lapan tahun dalam kejadian pada Mac lalu.

Wanita berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang di sebuah rumah di Kok Lanas, Kota Bharu dan direman selama tujuh hari bermula Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, bapa mangsa pada mulanya membuat laporan polis pada 9 Mac lalu tetapi cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan bekas isteri mengenai hak penjagaan anak mereka.

"Bagaimanapun lelaki itu dihubungi oleh teman lelaki bekas isterinya yang memaklumkan anaknya didera," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau memberitahu, lelaki itu berkahwin dengan suspek di Selatan Thailand pada tahun 2012 dan dikurniakan dua anak termasuk mangsa.

"Mereka kemudian tinggal di Tampin, Negeri Sembilan sebelum bercerai pada 2020 dan mangsa tinggal bersama ibunya (suspek) di Kota Bharu," katanya.

Iklan

Tambah Rosdi, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Mangsa akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.