Kuartet Terengganu, Sabah ungguli 4x100 meter

Iklan
Detik kegembiraan kuartet Terengganu setelah berjaya menduduki tempat pertama acara 4X100 meter lelaki Sukma MSN 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Bernama

KUARTET 4x100 lelaki Terengganu berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 selepas mengungguli acara itu di temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Sabtu.

Dalam acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, kuartet Terengganu yang dibarisi Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Hasrul Najmi Badrul, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Ruslem Zikry Putra Roseli menamatkan saingan dengan catatan masa 40.59 saat (s).

Iklan
Iklan

Pingat perak dimenangi kuartet Perak yang diwakili Raja Pecut Sukma 2022, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang berjaya membuat 'comeback' pada saat akhir untuk melepasi garis penamat di tempat kedua dengan catatan masa 40.95s

Pingat gangsa dimiliki kuartet Selangor yang hanya dibezakan dengan catatan 0.02s di belakang pemenang tempat kedua.

Iklan

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana percaya kepada kami dan ini adalah kuartet 4x100 di Perak menang emas dan sekali lagi berjaya meraih kejayaan sama.

"Persatuan Olahraga Terengganu ada mencabar supaya pertahankan emas dan kami dapat melakukannya pada edisi kali ini,” kata Muhammad Zulfiqar ketika ditemui selepas perlumbaan.

Iklan

Bagi kategori wanita pula, kuartet 4X100 Sabah yang dibarisi Lim Yi Fei, Chelsea Cassiopeura Evali Bopulas, Nur Aishah Rofina Aling dan Patronella Lisong mendominasi acara tersebut.

Kuartet Sabah yang terdiri daripada Feova Yi Fie, Chelsea Cassiopea, Nur Aishah Rofina Aling dan Patronella Lisong muncul juara 4X100 meter wanita Sukma MSN 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu. - Foto Bernama

Mereka menamatkan larian dengan catatan masa 46.48s, bagi meninggalkan penyandang juara, Terengganu di tempat kedua manakala Pahang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Bagi pelari terakhir negeri di Bawah Bayu itu, Chelsea Cassiopeura, dia menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukannya kerana dapat menghabiskan larian dalam catatan masa yang baik seperti yang dirancang.

"Kami tidak melihat negeri lain sebagai pencabar, dari separuh akhir ke final, kami cuma kekalkan tahap kelajuan dan fokus terhadap diri sendiri.

"Sebenarnya, kejayaan ini memang besar untuk kami kerana ini kali pertama kami bergandingan sebagai sepasukan,” katanya.