Pemuda BN siap sedia hadapi PRU15

Iklan
Barisan kepimpinan Barisan Nasional antaranya Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pemuda BN Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Pemuda BN bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, motivasi Pemuda BN berada pada tahap maksimum bagi menghadapi PRU-15.

Iklan
Iklan

"Kalau isytihar bubar esok, kami (Pemuda) bersedia. Ini bukan main-main.

"Saya bersama Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri Mohamad Hasan) beserta ketua-ketua sayap dan kepimpinan turun ke 191 bahagian melihat sendiri kesiapsiagaan Pemuda di semua bahagian bagi menghadapi PRU-15.

Iklan

"Sebagai ketua, saya rasa amat berpuas hati... Saya boleh katakan pemuda BN sudah bersedia untuk hadapi PRU15," katanya ketika berucap sempena pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Iklan

Bagaimanapun beliau mengingatkan kepada pemuda BN untuk memenangi pilihan raya bukan sekadar 'omongan' (bercakap) kosong.

"Jika hendak memenangi PRU perlu pastikan wadah kita (BN) betul-betul kuat. Kita perlu kepimpinan dari atas hingga ke bawah, semua bersolidariti.

"Ramai cemburukan kita. Orang luar cemburukan BN kerana mereka tahu kalau pemimpin-pemimpin kita bersatu hati, mereka tidak ada peluang untuk menang. Kalau kita bersatu dan sepakat, mereka pasti ditolak rakyat," katanya.