Isteri kolumnis Sinar Harian meninggal dunia

Iklan
Mendiang Devaki N. Karumban meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke salah sebuah hospital swasta di Kajang.

SHAH ALAM - Isteri kepada kolumnis Sinar Harian, Dr G Manimaran meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada Sabtu.

Mendiang Devaki N. Karumban, 54, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke salah sebuah hospital swasta di Kajang.

Iklan
Iklan

Menurut Manimaran yang juga seorang pengamal media, mendiang isterinya dijadual menjalani pembedahan minggu depan kerana mengalami masalah di dalam perut sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, keadaan mendiang isterinya yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Long, Kajang tenat sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan

Katanya, punca kematian isterinya masih belum diketahui dan keluarga masih menunggu keputusan hasil bedah siasat pihak hospital.

"Juga bantuan seorang penghantar makanan Grab bermotosikal yang membolehkan pemanduan saya ke hospital lancar. Saya sunggu terharu, saya pun tidak kenal dia,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Manimaran yang juga ahli pasukan teras Rasuah Busters turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang membantunya ketika berdepan saat sukar ketika ini.

"Saya amat hargai sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya.

"Terima kasih juga atas ucapan takziah yang disampaikan oleh rakan-rakan dan kenalan,” katanya.