SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa partinya sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen.
Ahli Parlimen Muar itu mendakwa, demi untuk berkuasa parti itu sanggup 'membunuh' rakyat, meskipun ketika itu mereka berdepan dengan banjir.
Iklan
Iklan
"Tahun lepas bila banjir, rakyat hilang harta RM10 billion, 50 kematian, 500,000 rakyat terkesan.
"Bayangkan tahun ini, banjir ditambah dengan pilihan raya?
"Menteri fokus undi, rakyat mati. Kerja gila!" katanya menerusi catatan di laman Facebook pada Sabtu.
Pada Sabtu Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti tersebut sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang begitu sinonim dengan musim banjir.
Ahmad Zahid berkata, semua pihak sedang menunggu tarikh keramat pembubaran itu meskipun terdapat kekangan.