KUALA LANGAT - Seorang remaja lelaki nyaris maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Haji Mahsudi, Kampung Jenjarom di sini pada Ahad.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 8.47 pagi.
Iklan
Iklan
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, BBP Banting dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.03 pagi.
Beliau berkata, kejadian terbabit melibatkan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun, mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri ketika kejadian dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kerja-kerja pemadaman dijalankan dan kebakaran kemudiannya berjaya dikawal pada jam 9.13 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," jelas Norazam.