CEO baharu Bernama diumum dalam masa terdekat

Iklan
Gobind Singh Deo

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Puchong itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai khabar angin bahawa Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Nurini Kassim bakal dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat. Bila kita ada keputusan, kita akan buat pengumuman," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen DAP Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Nurini bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang baharu.

Iklan

Selain itu, Wan Hamidi Hamid, bekas Ketua Pengarang The Rocket, akhbar rasmi milik DAP, turut dilaporkan bakal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang baharu.

Bagaimanapun, Wan Hamidi kemudian dilaporkan berkata beliau dimaklumkan tidak akan dilantik ke jawatan berkenaan.

Iklan

Pada masa ini, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab memangku jawatan itu. - Bernama