Lebih 300,000 mohon PerantiSiswa

Iklan
Annuar (tengah) bergambar dengan penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima lebih 300,000 permohonan tablet di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi fasa satu dan dua sehingga Sabtu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah permohonan yang diterima itu adalah satu angka yang besar dalam tempoh cepat namun K-KOMM memberi jaminan akan memproses kesemua permohonan.

Iklan
Iklan

Katanya, kementerian turut menjangkakan agihan peranti bagi kedua-dua fasa tersebut dapat diselesaikan sepenuhnya pada November ini.

"K-KOMM mengaturkan program di seluruh negeri secara berperingkat untuk agihan peranti fasa satu pada September dan Oktober bagi menyampaikan peranti pemohon fasa dua, semua agihan dijangka selesai menjelang November.

Iklan

"Permohonan lebih 300,000 itu mengakibatkan urus setia menghadapi sedikit masalah dan perlahan dalam memproses permohonan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kolej Matrikulasi Kelantan di Kok Lanas, di sini, pada Ahad.

Annuar (tiga dari kanan) menyampaikan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada penerima pada Ahad.

Beliau berkata, kementerian mendapati ada pemohon bukan kalangan B40 dan perlu membuat semakan pusingan kedua bagi memastikan penerima peranti memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Iklan

"Kami tidak tolak permohonan tetapi mendapatkan bantuan daripada persatuan pelajar, pentadbir sekolah dan universiti untuk mendapatkan rekod data terkini bagi memastikan kelayakan pemohon.

"Data sedia ada kadangkala tidak semestinya tepat kerana kemungkinan ada pemohon misalnya ibu bapa bercerai dan rekod asal bukan B40 atau hilang pekerjaan semasa Covid-19 juga kita pertimbangkan,” katanya.

Tambah beliau, PerantiSiswa Keluarga Malaysia memilih jenama bereputasi tinggi dan spesifikasi terkini dalam pasaran dengan waranti dua tahun.