PRU15: UMNO sudah terima senarai calon

Iklan
Ahmad ( tengah) mencuba sukan rakyat pada Karnival Sukan Peladang sempena Hari Malaysia di Kampung Parit Baru Ayer Baloi pada Ahad.

PONTIAN - UMNO sudah menerima senarai calon yang dicadangkan oleh 191 bahagian parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia sekaligus menunjukkan UMNO kini berada pada momentum terakhir berdepan pilihan raya yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Manakala selebihnya belum dikemukakan bahagian yang masih dalam proses untuk memuktamadkan senarai calon masing-masing," katanya ketika ditemui di Karnival Sukan Peladang sempena Hari Malaysia di Kampung Parit Baru Ayer Baloi di sini pada Ahad.

Pada Sabtu ketika melancarkan Jentera Pemuda BN, di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan PRU15 akan diadakan secepat mungkin.

Iklan

Ismail Sabri juga dilaporkan mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan 'Top Five' mengenai pembubaran Parlimen.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mahu sayap parti Pemuda, Wanita, Puteri dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing.

Iklan

Beliau juga berkata, jentera UMNO juga perlu mengusai kempen secara maya untuk mendekati pengundi muda dan menjawab isu-isu semasa.

"Semalam (Pelancaran Jentera Pemuda BN), adalah kemuncak kepada persiapan jentera BN. Saya menyeru pada semua jentera UMNO dan BN untuk terus perkemaskan jentera yang ada terutama portfolio di PDM.

"Pucuk pimpinan parti juga menekan untuk UMNO kuasai kempen secara maya, kerana pada PRU14, kita tewas akibat perang siber di alam maya," katanya.