16 GRO warga asing diberkas

Iklan
Antara individu yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong di sini pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - 16 gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, GRO warga asing itu ditahan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) pada jam 10.50 malam.

Iklan
Iklan

"Kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun yang merupakan penjaga premis tersebut untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Eng Lai berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan terhadap 31 individu termasuk dua wanita berusia 23 hingga 57 tahun, sebelum dibebaskan tanpa syarat.

Iklan

"Siasatan lanjut mendapati premis tersebut menjalankan perniagaan tanpa lesen. Kita telah merampas peralatan audio dan sekeping resit pembayaran," katanya.

Eng Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1) (c) akta yang sama dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1963.

Iklan