MCA giat tarik lebih ramai ahli baharu

Iklan
Ka Siong menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen Tahunan MCA Negeri Johor ke-44 di Taman Desamas pada Ahad. - Foto Bernama

KULAI - MCA sedang mempergiat usaha menarik lebih ramai ahli baharu khususnya dalam kalangan golongan muda berusia 18 tahun ke atas bagi menyertai parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ini kerana golongan itu bukan sahaja akan menjadi pengundi secara automatik malah mereka merupakan golongan tidak 'hardcore' atau terlalu kuat fahaman politik, selain lebih memilih realiti daripada sekadar harapan.

Iklan
Iklan

"Sebaliknya, mereka memilih realiti dan bukan sekadar harapan khususnya dalam soal pendidikan, pekerjaan dan juga masa depan negara.

"Jadi kita perlu tambah ahli parti melibatkan mereka yang baru tamat persekolahan, kita perlu dampingi mereka sama ada yang terus bekerja mahupun yang menyambung pengajian," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Wanita MCA Johor di sini pada Ahad.

Pada Julai 2019, Parlimen meluluskan cadangan pindaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Iklan

Pindaan itu turut membabitkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik oleh kerajaan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan itu berkata, kesiapsiagaan MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini sudah berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun, Wee berkata pihaknya enggan terlalu yakin kerana menyedari sentimen masyarakat di peringkat akar umbi boleh berubah-ubah dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira. - Bernama