Nurul Izzah mahu kekal di Permatang Pauh

Iklan
Nurul Izzah (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan ahli MPKK yang hadir pada majlis perjumpaan yang diadakan pada Ahad.

BAYAN LEPAS - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berharap akan kekal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang itu berkata, ketetapan itu hanya akan dibuat oleh parti sama ada mahu mengekalkannya di Permatang Pauh atau diletakkan di tempat lain.

Iklan
Iklan

"Saya serahkan kepada pimpinan kerana akhirnya kita nak menawarkan diri untuk menjalankan tugas dan amanah dan ia bukanlah sesuatu yang dapat kita boleh pegang selama-lamanya," katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sini, pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Iklan

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan PKR menghadapi PRU15 dan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, Nurul Izzah berkata perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat pada 20 September depan.

Katanya, isu pembahagian kerusi akan diselesaikan secepat mungkin sebelum menjelang Oktober.

Iklan