NEW DELHI - Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena meminta bantuan Arab Saudi untuk mengatasi krisis kewangan negaranya.
Gunawardena dalam pertemuan dengan duta baharu Saudi Khalid Bin Hamoud Nasser Aldasam Alkahtani pada Sabtu, menerima jaminan Saudi untuk menambah jumlah pekerja Sri Lanka di negara Teluk itu kepada 400,000 berbanding 180,000 pada masa ini, menurut satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri.