'UMNO henti perbalahan sesama sendiri di laman sosial'

Iklan
Shahidan Kassim berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2022 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan pada Ahad. - Foto Bernama.

LABUAN - Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa ahli parti di semua peringkat supaya menghentikan pergaduhan antara puak dalam pelbagai platform media sosial yang boleh membawa kepada konflik dan perbalahan yang tidak diingini.

Beliau berkata, ahli UMNO sepatutnya menggunakan platform media sosial secara bijak untuk menangkis unsur-unsur negatif dan fitnah daripada kalangan musuh politik.

Iklan
Iklan

"Saya bersetuju sepenuhnya dengan seruan Naib Presiden UMNO (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya ahli parti tidak bergaduh sesama sendiri dalam media sosial, sebaliknya menggunakan platform itu untuk menentang musuh.

"Apa yang kita boleh lihat sekarang ialah perang politik dalam pelbagai platform media sosial, sebagai orang parti kita mesti cukup baik dan pantas untuk menangkis, menentang dan bertindak balas terhadap mana-mana elemen yang berpotensi menjejaskan kekuatan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara peringkat Labuan di Dewan Konvokesyen Kompleks Ujana kewangan di sini pada Ahad.

Iklan

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, walaupun ‘pergaduhan kecil’ dalaman parti masih wujud, tetapi tidak melibatkan keseluruhan spektrum UMNO.

"Masih ada pertelingkahan dalaman atau perang sesama sendiri dalam media sosial, terutamanya antara ahli di peringkat bawahan dan penyokong, secara rasionalnya pergaduhan seharusnya dengan musuh,” katanya.

Iklan

Shahidan berkata, seruan Presiden UMNO perlu didengari oleh semua ahli di semua peringkat demi kepentingan parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, dan beliau optimis PRU15 dapat dilihat sebagai kemunculan UMNO di seluruh negara termasuk di Labuan.

Beliau juga berkata, Ismail Sabri menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, dan keadaan ekonomi menunjukkan peningkatan. - Bernama.